Sayangkan Anak Tangankan Sikit

Assalamualaikum.

First of all, tahniah kepada my idola Dato' CT atas kelahiran baby girl yang comellll sangat! Ni orang duk sembang pasal gambar baby yang dah tersebar tu kan..memang tak boleh buat apa lah dah..kalau dah sedara-mara datang, dia bukan share dengan orang lain asalnya, share dengan sedara-mara gak..dapat kat anak menakan habis share ngan kawan-kawan..senang cerita, lepas ni kalau melawat orang kat hospital sebab sakit ke, bersalin ke, tak payah nak ambik gambar sangat. Melawat pastu balik. Eeewaaah!

Okay, kalau boleh tak nak sentuh bab didik anak ni sebab sensitif kan. Tapi kadang tu, as a new parent kepada seorang anak baru, ada bab parenting yang general. Maksudnya, asas sangat kepada parenting. Ikut logik.

What if, anak umur 7 tahun yang tantrum herdik orang? And us as parent treat him like 'Dia memang, time camni jangan tegur dia'. Me like 'whuuuuuuutttt?'

Sebab be me, anak umur setahun yang ada tu pun, kalau mengamuk memang dia akan pegi dekat barang atas meja dan tolak ke bawah. Bila kita kata NO, dia pegi and buat lagi kat benda lain. Tu budak baru setahun lebih yer (anak aku :p) Sebab apa? Sebab depa dah ada EMOSI. Dia dah pandai tunjuk rasa tak puas hati, marah, nak perhatian dan sebagainya. Bila anak aku buat macam ni, aku memang akan said NO, bila tak jalan aku akan pegi kat dia dan arahkan dia kutip balik benda yang dia buang. Lepas dia susun semula, aku akan puji dia dan peluk dia. Drama end. Kalau tak sudah juga, memang akan kena babap/jentik tangan and kaki dia tu. Merengek konon sakit sesangat and drama pun habis.

Tapi kita sebagai parents, tak boleh treat them like 'BIARKAN'. Sebenarnya anak-anak ni perlu ditegur ON THE SPOT bila dia buat silap, then baru lah dia tahu kesilapan dia. U just imagine, kita bawak anak pegi kenduri, keluar kereta anak merengek benda yang dia nak dari kat rumah lagi, meleseh, buat muka, tak nak bagi kerjasama, lepastu bila kita (orang luar/stranger) tegur dia 'kenapa ni sayanggg..' anak tu boleh herdik kita kata 'DIAMLAAA!' anddd surprisingly his parents act like tersipu-sipu and explain - 'Eh, jangan tegur. Dia memang macam ni kalau tak dapat benda yang dia nak..' aku rasa macam nak ehhhh ehhhh. Not surprise, dua kali i met this family in different event, 2 kali anak dia herdik aku yerrrr. Hahahaaa! Nampak tak bahawa tantrum anak dia tu dah jadi senjata bagi anak dia? Salah siapa ni? Salah mak bapak dia you olllssss. Dah kenapa aku 2 kali kena herdik? Hahahaa! Sebab aku kan keibuan, bila tengok budak merengek camtu automatically prihatin duk tanya bersayang-sayang gituuuuu.

Then, recently, this particular mommy upload a picture of old lady dekat whatsapp status dengan caption 'suka-suka jer nak cili mulut anak aku.' And me likeeeeee it. Sebab apa? I guess dia dah berjaya SPOILED anak dia. 

Come on guys...anak ni ibarat kain putih. Kita ada peluang corakkan dia lebih baik dari diri kita. Yes, maybe cara didikan mak ayah kita pada kita berbeza. Tapi didiklah dia sesuai zamannya. And we have to learn how. Banyak sumber boleh jadi rujukan. 

Kalau anak umur dah 7 tahun, kita baru nak tegur, akan jadi kerja susah sikit. Sebaiknya didik dari awal. Kita ialah ibu bapa dan dia adalah anak. Anak perlukan bimbingan dari kita bukan sebaliknya. Yes, adanya anak mengajar kita banyak perkara. Tapi bukan dengan mengawal kita menggunakan emosi dia sebagai senjata.

Tak salah pun tangankan anak. Rasulullah SAW pun ada beri guideline. Jangan cepat sentap jika orang lain menegur anak kita. Bayangkan jika langsung tak ada orang yang peduli dengan tindak-tanduk salah anak kita kemudian hari? Apa akan jadi dengan anak kita nanti? Semua ibubapa ada naluri nak anak-anak tak kira anak siapa pun sentiasa baik-baik saja. Bersangka baik okay.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.