Adab dan Ikhtilat - Tak Tau Atau Tak Ambik Tau

Assalamualaikum!

Kannnn.
Akhirnya konsep extend masjid tu ialah sekadar propa je kan? 
Kan aku dah bagitau kat entry sebelum ni bahawasanya ia adalah propa. 😏
Last-last, yang jadi mangsa keadaan ialah anak-anak.

Ingat senang ke nak survive jalani hidup seharian dengan anak-anak tanpa sokongan suami?
Aku yang suami pergi operasi 3 bulan pun, dalam bersabar ada juga merungut bila sampai waktu yang tertekan.
Kita ni manusia, sekuat mana pun kita memang fitrahnya kita manusia yang lemah serba-serbi.

Aku peratikan, perempuan dan lelaki zaman sekarang (dan zaman dulu 😠) dah kurang ambik berat bab pergaulan. Biar baik mana lelaki atau perempuan itu, kita kena ingat, konsep tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.

Aku nak nasihatkan kaum lelaki ni, tak pandai. Tapi izinkan aku nasihatkan kaum sejantina iaitu wanita. Baik yang masih bujang, dah ada pakwe tapi belum kahwin, yang dah kawin atau pun janda.

Jadi perempuan ni tak senang. Salah cakap sikit, buat tak kena mata sikit, orang akan tohmah dan pandang serong. Jadi, kita kena lah faham orang lain tak boleh baca isi hati kita, niat kita. Jadi perlakuan dan kata-kata kita tu yang menggambarkan. Jangan nak salahkan orang kalau orang salah sangka.

Mana tak nya. Kawan satu ofis kau panggil abang. Bekas boyfrien kau panggil dear. Kau pegi google translate DEAR tu hapa dia? Gagal English kah? Officemate lain jantina kau tepuk tampar bergurau. Tak habis kat ofis, sambung whatsapp kat rumah tengah-tengah malam. Tu la namanya tak kena tempat. 

Benda kecik-kecik macam ni la mengundang masalah yang lebih besar. 

Jadilah perempuan yang RETI jaga maruah diri dan maruah orang lain. Jangan anggap semua orang kepala ting-tong macam kau, konon boleh dibawak bergurau celah mana pun.

Biarlah orang kata kita sombong, skema atau tak sporting pun. Asalkan kau tak jadi PUNCA.


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.