Merampas Atau Menumpang Kasih?

Assalamualaikum!
Jawapan bagi tajuk di atas ialah = PROPA!

Eeewaaahh! Kemain lagi nak ulas isu gosip artis. Hihii. Takpe lah sekali-sekala. Heeee. 
Bagi aku lah kan, isu kahwin dengan suami orang ni, masih taboo lagi dalam masyarakat kita biarpun ianya bukanlah perkara yang dihalang dalam agama.

Aku bercakap pun bukan atas dasar logik akal dan emosi semata-mata. Sebab dalam keluarga aku sendiri ada yang bermadu dan dimadukan. In fact, aku juga pernah dipinang oleh suami orang. Bukan rahsia, sebab arwah Mak sendiri yang berjumpa dengan peminang itu. =_=

Dari aku sekolah, drama madu racun ni aku dah hadap. Aku tengok sendiri berapa banyak airmata yang tumpah, berapa banyak kemarahan yang terhambur, berapa banyak keegoan yang tak terungkai, berapa tinggi keinginan yang tak dapat dipendam, berapa banyak dendam dan benci yang timbul. Tapi itu semua tidak dapat menangkis ketentuan jodoh yang tertulis oleh Allah SWT. Yer, akan ada pemenang dan pengalah (bak kata Vincent AF1 😆)

Dalam kes aku - pinangan aku tolak sebab mengutamakan restu Mak. Dan aku bukanlah bercinta pun dengan si peminang, dikenalkan oleh kawan terus aja dia datang berjumpa Mak. Tapi dalam hati kecil aku terdetik - macam mana kalau ini memang jodoh aku? Apa jadi jika aku tolak? Macam mana kalau jodoh ini datang at the right time? 

Kata Mak - Mak tak sanggup nak tengok aku hadapi hidup bermadu, tak sanggup aku melukai dan dilukai hati. Mak percaya aku akan bertemu jodoh yang baik.  And yes, Mak syurga aku waktu itu. Aku ketepikan segalanya dan pilih untuk ketepikan kehendak diri. Selepas pinangan ditolak, aku matikan segalanya dengan dia. No further action. Ternyata di situlah baru kita lebih faham KALAU DAH JODOH TAK KE MANA dan betapa USAHA boleh mempengaruhi perjalanan hidup kita.

Tanya diri, jika kita kata- oh, saya tak mampu menolak jodoh dengan suami orang, saya bukan perampas, ini jodoh ketentuan Illahi and yada-yada - check balik apa usaha kita. Jika kita masih benarkan suami seseorang ini masuk ke dalam hati kita, benarkan dia tawan hati kita sebab kita beri ruang dan masa - jangan kata ini ketentuan. Sebab sebenarnya kita juga BERUSAHA! Apatah lagi kalau kita rasa kita cuma nak menumpang kasih - maka faham-faham je lah. 

Hmmmm. Selesai bab menumpang kasih. Tu cuma ayat penyedap Izreen Azminda jer. Pegii dah.

Okay, sekarang siapa yang merampas dan dirampas? Bagi aku - NOBODY.
Sebab tak ada satu pun dalam hidup kita ini adalah HAK kita. Suami? Anak? Ibubapa? Harta? Kesihatan? Semua tu hak Allah. Hanya Allah yang boleh ambik balik semua tu dari hidup kita. Yang kita ada ni semua adalah PINJAMAN saja.

Yer, memang bercakap lebih mudah. Bila terjadi dalam hidup kita, jantung pun boleh berubah tempat. Heee. Whatsapp suami kena skodeng, bulat mata kita baca satu-satu, facebook suami kena godam, tengok recently added friendlistnya, itu lah lumrah hidup sebagai isteri tua. 😅

Tapi aku percaya, jika kita persiapkan hati Allah akan mudahkan perjalanan hidup kita. Tidak bermadu dan dimadukan juga pasti ada ranjau dalam perkahwinan. Semoga jika kita terpilih untuk diuji, Allah campakkan kesabaran dan ketakwaan dalam hidup kita. 

Me : Sayang, Izreen tu dah kawin kan rupanya. Apa la, hari tu cakap lelaki tu bujang.

Dia : Ye? Biarlah dia. (Sambil main-main dengan anak)

Me : Takde la. Pastu cakap nak tumpang kasih la apa la. Diam dah la. Eee. Kalau jadi kat saya, duduk diam jer. Tak payah nak cakap apa-apa.

Dia : Yeayyy Ammar! Ummi bagi greenlight! (sambil timang anak)

Me : (mata ke atas, mulut ke bawah)

Teringat pesan seorang kawan : Jika kita perlu buat keputusan, pastikan kesan keputusan kita boleh selesaikan masalah, bukan menambah masalah.

Untuk suamiku yang satu (berani tulis sebab dia tak akan baca blog ni hehehehehehe)

Jika kau ingin menambah cawangan,
Ku tiada syarat kecuali satu,
Pastikan kukenal dia sebelum kamu bercinta.
Jangan kau bercinta dengannya di belakangku,
Kerana itu hanya melukakan hatiku,
Yang kau tak tau, bila dapat kau sembuhkan.
Kerana aku tahu kau pencinta yang hebat,
Sepertimana kau mencintai aku,
Eewaaaahh!!

Jika jodohmu bukan diriku saja, 
Aku pasti akan meredhakanmu,
Cuma pastikan aku dan dia boleh bersahabat,
Kerana jangan dia hanya sudi menjaga dirimu saja,
Anak-anak kita juga tanggungjawabnya,
Waktu itu bolehlah aku berehat,
Bercuti, berlibur, bertapa.

Aku pun ingin ke spa
Ada masa aku ingin berkaraoke
Ada masa aku ingin mencapai impianku 
Yang tertangguh kerana menguruskan kamu dan anak-anak
Jadi mungkin itulah masanya kan
Jadi suamiku sayang
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Jika kau bertambah serabut dengan permintaanku
Cukuplah aku dan dirimu saja.

Ingat sayang - selesai masalah atau tambah masalah?

Heheheheheheheheee.

Comments

Angah said…
jodoh katanye...

sebenarnya ia dalah ujian....yang kedua tu tak tahu, masa mendatang akan lebih besar ujiannya , kalau tak kuat hati mungkin yang kedua itu akan menyesal..(pengalaman kawan sendiri yg jadi bini no 2)
..nOWa.. said…
Betul Angah.
Siapalah kita hendak menolak ketentuan Allah SWT.
Cuma kita perlu jujur dengan tindakan kita sebab Allah akan beri apa yang kita minta..

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.