Hernia - Angin Pasang Pada Baby

Assalamualaikum.

Holaaaaa! 
Aku ni baru naik kerja lepas dua minggu cuti tanpa gaji u ollsss. Menguruskan anak acibum ni keluar masuk hospital sebab hernia. Cuti rehat dah habis. Kenapa habis? Ada la sebabnya ok. Tahun 2017 tahun ujian bagi aku. Huhuuu.

Biasanya kalau ada anak lelaki dari baby memang orang tua akan tekankan bab penjagaan bebird dia tu kan. Kena tuam. Kalu dak nanti bimbang jadi angin pasang. Sebut hernia orang tak tau sangat kan. Tapi meh sini aku nak betulkan sikit fakta pasal angin pasang ni memandangkan pengalaman aku menjaga anak yang kena hernia ni.

Masa anak aku lahir, memang nampak normal je bebird dia tu. Ritual menuam tu memang aku buat. Tapi aku noticed masa umur dia 2 bulan kantung telo (scrotum) belah kanan dia besar sebelah. Nampak ketara masa nangis atau masa pampers basah lepas kencing. Sebab anak aku memang aku bawa ke Klinik Kesihatan tanpa gagal, aku refer juga doktor kat sana. 

Nak puaskan hati aku bawa jumpa pediatrician and doktor tu picit-picit telo anak aku, tapi anak aku tak nangis pun meaning tak sakitlah kan. So doktor kata 'It's ok, as long anak tak sakit. Ni cuma lendir saja, kebiasaannya akan hilang sendiri. Jika lepas 2 tahun masih ada lagi, maybe boleh operation untuk buang lendir tu.' Both doktor KK and doktor pakar kanak-kanak ni kata monitor saja. Tapi sebab aku ngan suami still bimbang, kitorang bawa pulak anak jumpa pengamal homeopathy macam yang dicadang kawan jiran tetangga. Diberinya ubat-ubat homeopathy. And cuba juga macam-macam petua mak tok nenek yang disarankan. Ikhtiar kann.

Baru-baru ni, pada umur anak 1 tahun 3 bulan yang mana dia dah lasak, pandai cakap Jerman, pandai marah aku, satu malam tu dia nangis sambil tarik-tarik pampers dia. Aku ngan suami bukak pampers tengok kot ada benda tajam ke apa. Masa tu aku tengok telo dia tu besar dan keras. Lahaiii, tengok pun tahu dia tengah sakit. Tapi time tu aku pujuk-pujuk dia, susukan, dia tido. And bila check esoknya, telo tu dah tak bengkak keras lagi. 

Esoknya, jadi lagi. Tapi kali ni anak aku muntah-muntah nak dekat 10 kali and cirit-birit. Bagi susu ke air kosong ke dia akan muntah balik. Terus kitorang bawak dia pegi hospital. (SELINGAN : SIAPA YANG AMBIK INSURANS, HERNIA TAK COVER YER UNDER TAKAFUL. KATANYA, KONVENSIONAL JER COVER)

Dekat Jabatan Kecemasan tu doktor pakar terangkan pada aku apa yang berlaku pada anak aku. Anak aku ada dua jenis sakit iaitu Hernia (angin pasang) dan Hydrocoele (lendir). Lebih jelas, aku copy ini dari website doktorbudak.com

"Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.
Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat."
Haa. Faham kan? So, time tu doktor try tolak balik usus anak aku yang termasuk kat lubang tu, nasib baik boleh. Which means, usus anak aku sihat, tak tersumbat atau ada jangkitan ke apa. So lepas tu doktor terus bagi tarikh untuk operation. Fuhhhhh.
Bila tau anak nak kena operate jer, macam-macam nasihat lah timbul. Jangan operate lah, kesian anaklah. ada effect masa tua nanti lah, anak polan urut jer terus baik lah, tuam pakai daun itu lah, jumpa bidan sinun lah, huhuuuu. So, ini pesanan aku untuk mana-mana ibubapa yang anak ada masalah ni :
1) Fahamkan dulu masalah anak. Hernia, hydrocoele atau apa?
2) Dapatkan nasihat daripada yang pakar. Bukan dengar cerita-cerita dulu. Contoh : Anak Mak dulu pun sama, urut je terus elok. Sekarang umur anak Mak 30 tahun, cuba Mak suruh tunjuk telo yang dulu? Ada besar sebelah tak? Kalau tak sakit, telo besar sebelah pun mesti dia diamkan aja kan?
3) Hernia ni tak de ubat yer. Ubat dia operation jer tutup lubang tu supaya usus tak termasuk ke dalam. Supaya usus tak tersumbat, tak kena jangkitan. Yer, urut mungkin boleh surutkan bengkak. Tapi boleh tutupkan lubang tak?
4) Katakan lah kita pergi guna cara rawatan alternatif nuuu kat selatan Thailand tu memang menjadi. Sekali tu anak kena lagi, nak mengadap ke Selatan Thailand tu ke atau nak ke hospital terdekat?
5) Kita ibubapa yang mengadap anak bila sakit. Kita yang tido wad. Bukan orang lain. Jadi bincang suami-isteri dulu dan muktamadkan keputusan anda. Sebab anda bertanggungjawab atas keputusan yang anda buat.
Itu lah cerita dia pasal hernia/angin pasang ni. Semoga anak-anak kita sihat sentiasa hendaknya. Insyaallah, aamiin.

Ni Acibum Abubut sehari selepas operation. 
Alhamdulillah.

Comments

Anonymous said…
hi. boleh tahu masa puan buat operation ni dekat hospital mana ye?

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.