Parenting Tips. Eh Layak Ke.

Assalamualaikum!

Holaaaaaaaaaahop!

Amboiiiiiiiii kemain lagi yerrr..ni bukan takat bersawang blog aku nih..ni sikit lagi nak terbenam dalam tanah dah..hahahaa! Bukan tak sudi nak tulis sebab blog dah sendu cuma aku je yang sendu hihiii.

Ada lagi ke orang yang baca blog sendu aku ni? Kalau yang setia tu mungkin stalker aku lah tu..aiii tak boring-boring lagi kewww :P

Hidup macam biasa ja, cuma makin sibuklah sikit sebab ada makhluk comel yang nak digodek setiap hari. Terkini, dah pandai merangkak dah dia. Dah pandai marah aku jugak. Bukan main bengis, kata orang Melaka.

Sejak jadi Mak-Mak ni pembacaan dan pembelian online pun lebih menjurus kepada keibubapaan. Banyak jugaklah benda nak comment tapi selalunya ambik pendekatan comment dalam hati jer.

Contoh paling nak comment bila Hanis Zalikha share gambar anak. Sampaikan wet tissue dia pun orang akan komen 'beli kat mana'. Bila Hairul Azreen buat 'baby stand' kat anak umur 4 bulan maka berduyun-duyun mama-mama kagum tag suami masing-masing suruh buat kat anak bila balik rumah nanti. Silap-silap warna taik Yusuf Iskandar pun orang akan komen 'macam mana nak dapat kaler taik cam Yusuf'. Ok, ni dah melebih. Hahahaa!

To me, bila kita jadi ibu-bapa, kita kena mengaji semula, baca semula, belajar semula. Sebab kehidupan ni ialah proses pembelajaran. Tak kan habis. Walau pun semua ibu-bapa sentiasa nak yang terbaik dan lakukan yang terbaik untuk anak-anak, itu tak bermakna kita tak perlukan nasihat orang lain terutama yang pakar dalam bidangnya.

Tak salah dengar pendapat orang tua dalam mendidik anak. Macamtu juga dengan tidak tolak mentah-mentah pendapat kawan-kawan yang dah lebih dulu jadi ibu bapa. Dannnnn juga tak salah kita dengar pandangan dan nasihat yang baik dari orang lain walaupun orang tu belum kawin atau belum ada anak. Nothing wrong with it. 

Jangan kita mudah judge ibu-bapa yang lain tak pandai jaga anak hanya sebab anak dia tak behave in public. Hellooo. Ingat sikit iman tak boleh diwarisi yer..apatah lagi perangai...

So, ini dulu untuk hari ni. 

Gila ending cenggitu jer. Hahaaa! 

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.