Ammar Raees

Assalamualaikum!

::Throwback::
(Amaran : Cerita ni panjang.)

Pagi 23 Mei 2016, suami bawak aku pegi checkup dekat klinik. Hari yang sepatutnya anak aku lahir, tak ada apa tanda pun dia nak lahir. Ahaii. Malam tu aku sembang-sembang dengan Tonjer konon kalau aku kejut dia sebab nak bersalin jangan liat pulak. Risau aku terberanak atas katil. Hihiii. Contraction yang diharap-harapkan tak kunjung tiba. Ceewaahhh! Time ni tak kenal lagi apa itu erti contraction. ;P

Dekat klinik, doktor buat referral letter kepada hospital. Memang aku tak rasa apa-apa. Tapi doktor kata, aku mungkin akan kena paksa bersalin sebab baby aku besar dan bacaan air ketuban makin turun. Awww aww dalam hati berdebar gila. Balik rumah Mak, aku dengan suami kata, kita relax-relax jer. Takut Mak risau. Aku pun kemas-kemas beg untuk duduk wad. Masa nak bertolak ke hospital, salam peluk Mak. Mak nangis, aku pun nangis. Feeling dia so special. Macam kau akan pergi perang. Mungkin itu pelukan dan ciuman terakhir anak beranak, siapalah yang tahu. :(

Dalam kereta, Tonjer nampak tenang jer. Dalam hati tak tau lah kann. Lagipun, dia yang nak sangat aku masuk hospital. =_= Tak sabar nak tengok baby. Aku pun apalagi. Ambik kesempatan atas ketenangan dia. Mintak dia drive-thru Mcd. Sungguh-sungguh aku makan GCB. Sedapnya.

Sampai hospital, bawak surat tu ke Jabatan Kecemasan. They all ambik CTG apa semua sebelum bawak naik ke labor room. Dekat labor room tu suami tak boleh masuk kecuali yang isteri dah nak bersalin jer. Masa aku sampai tu, ada la dalam 7 orang ibu-ibu yang menunggu. Semua dah pakai baju pink hospital. Lama jugak lah proses menunggu untuk diperiksa ni. Sampailah giliran aku, doktor check bukaan dan scan. Takde tanda-tanda nak bersalin katanya. Siap doktor bagi hint wad penuh, sila lah balik. Aku macam, NO. Aku tak nak ambik risiko. So, aku request opinion doktor pakar memandangkan aku ada referral letter dan aku nak second opinion. And yes, permintaan aku dilayan. Jadi, sila lah menunggu lagi. Tapi menunggu itu, tidak jadi masalah bagi aku. Aku suka layan menunggu..sebab lama-kelamaan doktor pakar pun tiba.......jeng jeng jeng.

Doktor pakar check aku dan baby semua ok. Tapi ikut scan dia, baby aku ni besar saiznya di samping aku ada masalah lain. So, dia bagitau risiko-risiko kalau aku bersalin lewat. Dia suruh aku panggil suami, dan kitorang dikaunselingkan. =_+ Itu memang prosedur hospital untuk kelahiran yang berisiko. Dalam bilik kaunseling tu, aku dan suami diterangkan apa birth plan dan risikonya. Selepas kami berdua faham, maka aku pun dipersiapkan untuk warded. Merasalah aku pakai baju pink hospital kerajaan. Heeeee.

Malam tu, tidurlah aku kat wad. Kali ke-2 seumur hidup aku masuk wad. Malam berlalu sangat perlahan. All the time ambik CTG dan blood pressure. Esoknya pukul 6 pagi, aku dengan 2,3 orang ibu-ibu lagi beratur nak kena induce. Ahaiii ahaiiii. Tak sakit induce tu, cuma malu jer. Hahaaa! Lepas masuk ubat tu, aku bajet, bersalin la ni nanti. Akan tetapi sampai petangnya, masih takde bukaan. Contraction pun takde, tanda-tanda lain pun takde. Huhuuu. 

Doktor kata takpe, kita cuba lagi esok. Ok fine!
Esoknya sekali lagi doktor masukkan ubat. 

Kelakar time makcik aku call tanya, aku bagitau lah kan dah induce semalam tapi tak bersalin jugak. Makcik aku kata, amboii kebal ****k ko yee. Hahahaaa! Kuang jaqq sangat.

Tapi....boleh jadi jugak. Sebab induce kali kedua pun masih takde tanda-tanda nak bersalin. Hahaaaa! Siap doktor 'buka kan jalan' supaya cepat bersalin. Haaa yang tu sakit. 
Apapun, syukur CTG baby cantik jer selalu. Nurse pun puji. Kemain anak aku di dalam. Syok agaknya duduk dalam perut aku.  

Hari ke- 3 kat wad, aku dah kepam sangat. Tonjer aku lagi la. Kepam acham-acham. Kesian dia, tido dalam kereta jer. Tiap kali waktu melawat, datang bawak makanan. Thank you Saiiiyannng!
Mungkin nasib aku baik, doktor pakar yang assist aku masa nak warded tu yang duty ward. Dia siap cakap 'Eh, tak bersalin lagi?' Heeee. Akhirmya dengan kepakaran dia, dia 'buka kan jalan' untuk aku yang masa tu cuma dilate 2cm jer. Tak layak okay nak jejak labor room kalau kau tak capai 4cm. 

Dengan izin Allah, tak lama lepas tu aku rasa sakit-sakit perut. Indah sungguh perasaan tu. (Elehhhh. Time ni mild-mild jer) Aku awal-awal dah installed apps kira contraction, so ikut kiraan contraction aku masa tu setiap 2 minit. Time melawat sembang-sembang dengan Tonjer bagitau malam ni bersalin kot. Eewwwaah! Sekali tu waktu melawat dah habis. Tinggal lah aku sorang-sorang layan contraction. Petang tu, doktor check aku dah dilate 3cm dan suruh nurse bawa aku naik ke labor room. Masa tu sakitnya manja-manja jer. Aku start duduk dalam labor room tu pukul 5 petang. Aku begitu yakin sebab sebijik jam dinding terpampang depan katil. 

Naik atas katil, nurse pun pasang drip dan bagitau tu ubat untuk cepatkan dilation. Nurse siap explain kalau rasa sakit, boleh ambik gas dan kalau tak tahan sangat, bagitau doktor nanti boleh mintak ubat tahan sakit. Masa tu ceyyyyy, takpe-takpe saya okay. Pfffft.

Tik tok tik tok. Apasal masa sangat lambat ni. Oh oh. Perut aku dah bergelodak. Teknik ambik nafas, hembus nafas, teknik bayangkan yang indah-indah, semua tak jalan. Ooo macam ni rupanya rasa contraction. Sakit oooooiiiii! Masa ni aku terbayang Mak dengan Mama. Ya Allah, kuatnya diorang sampai lahirkan anak-anak yang ramai ni. Tonjer sempat masuk sekejap, tapi dia ada masa tu pun tak dapat hilangkan rasa sakit. Hahaaa! Nurse cakap pukul 9.00 malam nanti doktor akan datang check. Ahh sudah. Asik menengok jam jer aku. Ohhh tidakkkkk! Gas dah bergelen-gelen aku sedut. Tak jalannnn. Orang kata, kalau amik gas nanti ngantuk, tapi aku makin segar-bugar pulak. Siap aku sound nurse 'Nurse, napa saya tak rasa apapun gas ni. Rosak ke?' Hahahaa! Sabar je nurse dengan ragam aku masa tu. Bagus nurse tu, suruh aku banyak sabar jer. Bersalin memang macam ni Kakkkk, kata dia.

Doktor masuk tengok aku pukul 9 lebih. Bila check dia kata baru bukak 4cm. Whattttttt???? Hahaaa! Doktor tambah dos ubat induce aku dan pujuk aku tunggu lagi 2 jam. Korang bayangkan la sakitnya macam mana. Sampai satu tahap, rasa macam nak tercabut nyawa ni. No joking ok. Huhuu.

Time nak menyampaikan 2 jam tu tak payah cerita lah. Dengan degil aku, nurse suruh baring tegak sebab CTG tak clear aku buat kejung jer. Sampai nurse pujuk-pujuk, baru dengar kata. Hahaa!Sakit, tau tak? Layan punya layan, tiba-tiba aku rasa nak terbewak. Ehh. Dengan sakit lagi, aku pun bagitau nurse. 'Nurse, saya nak teran'. Hahaaa! Tak peduli dah. Nak teran jugak. Yang bagusnya nurse ni dia jawab 'Teranlahhhh'. Hahahaaa! Sambil dia check, aku sempat aku tanya 'Dah berapa, Nurse?' Nurse jawab 'Dah 9 dahhhh'. Terus dia panggil doktor. Tonjer pun masuk.

Proses teran-meneran selesai tepat jam 0009H lahirlah putera kesayangan saya dan suami. Alhamdulillah, sihat. 

Ammar : Yang memakmurkan, Yang kuat iman, Penerang
Raees : Pemimpin

ps - Ammar jaga Ummi nanti ok. Babah, jangan lupa kenangan kita di labor room ok. ;p

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.